Ayam Kampung Terpilih Mardi (1998)

Penyelidik : Abd Khalid Bin Md Saad
 
back
 
 
:: SYNOPSIS

Ayam kampung terpilih MARDI (MIKC) merupakan produk (R & D) MARDI bertujuan untuk meningkatkan prestasi ayam kampung tempatan. Prestasi pengeluaran MIKC lebih baik berbanding kacukan tulin ayam kampung tempatan. Berat hidup MIKC meningkat 500-550g berbanding ayam kampung tempatan (KC) pada umur pemasaran 10 minggu. Kadar penukaran makanan kepada daging juga meningkat 35%. Kandungan lemak abdomen didapati setanding dengan KC. Dalam pengeluaran MIKC, ayam memerlukan rumah yang kurang canggih dan mudah diintegrasikan dengan tanaman ladang. Dalam sistem separa intensif, kadar muatan minimum ialah 6.3 ayam / m2 dalam kawasan tertutup dan 14.3 ayam / m2 dalam kawasan terbuka.

:: APLIKASI

1.  Berpotensi besar untuk diekploitasi bagi pengeluaran ayam pedaging komersial di bawah integrasi dengan tanaman-tanaman ladang. Penternakan ayam kampung boleh dimasukkan ke dalam program PPRT terutama di kalangan pekebun-pekebun kecil dan komuniti nelayan. Setiap keluarga menguruskan antara 2,000 hingga 5,000 ekor ayam.

:: MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Pusat / Bahagian : PUSAT PENYELIDIKAN TERNAKAN STRATEGIK
Tel : 03-89437324
Faks : 03-89485053
Emel : akms@mardi.gov.my

back
 

Paparan terbaik dengan resolusi 1024 x 768.
Copyright © 2009 Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).